Strategi pengurusan koleksi di Muzium Negeri, Negeri Sembilan / Nurul Shakil Mohamad Khams

Mohamad Khams, Nurul Shakil (2014) Strategi pengurusan koleksi di Muzium Negeri, Negeri Sembilan / Nurul Shakil Mohamad Khams. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pengurusan koleksi yang dijalankan di Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Kajian ini juga menumpukan kepada kaedah konservasi barangan koleksi, kaedah penstoran dan keselamatan barangan koleksi serta dasar perolehan bagi barangan koleksi. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti strategi pengurusan koleksi yang dijalankan di Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Kajian ini penting kerana dilihat sebagai salah satu usaha di dalam mengekalkan warisan bangsa dan negara. Strategi pengurusan koleksi serta dasar-dasar yang telah digunakan oleh sesebuah muzium itu adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah pengurusan koleksi yang sistematik. Kajian adalah berdasarkan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian, temubual, pengumpulan data, dan rujukan media elektronik. Daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa Muzium Negeri, Negeri Sembilan menggunakan kaedah konservasi, kaedah penstoran dan keselamatan barangan koleksi serta dasar perolehan bagi barangan koleksi. Oleh itu, daripada kaedah-kaedah ini membuktikan bahawa Muzium Negeri, Negeri Sembilan telah mengamalkan strategi pengurusan koleksi yang menyeluruh

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Khams, Nurul Shakil
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > Art museums, galleries, etc.
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Pengurusan koleksi; Muzium Negeri, Negeri Sembilan, Strategi pengurusan
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15082
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NURUL SHAKIL MOHAMAD KHAMS FF 14_5.pdf] Text
PPb_NURUL SHAKIL MOHAMAD KHAMS FF 14_5.pdf

Download (340kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15082

Indexing

Statistic

Statistic details