Kajian terhadap impak dan kepentingan konsep minimalis dalam rekaan set teater Asylum (2013) / Siti Soleha Sarkiah

Sarkiah, Siti Soleha (2014) Kajian terhadap impak dan kepentingan konsep minimalis dalam rekaan set teater Asylum (2013) / Siti Soleha Sarkiah. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Konsep minimalis seringkali menjadi pilihan aktivis-aktivis teater indie untuk digarapkan menjadi stail pementasan teater mereka. Konsep ini bukan sahaja merangkumi gaya pengarahan dan juga lakonan dalam pementasan tersebut, tetapi ia juga boleh diaplikasikan dalam artistic pentas dari aspek set dan props, pencahayaan, kesan bunyi dan juga kostum dan solekan. Sungguh pun begitu, konsep ini jarang dapat dikesan dari segi bentukan, rekaan dan kewujudannya dalam pembinaan set sesebuah teater. Melalui kajian ini, pendedahan terhadap impak dan kepentingan konsep minimalis dapat dirungkai berdasarkan penyelidikan menerusi rekaan set Teater Asylum (2013). Penggunaan teori bentu kan dan juga teori rekaan menjadi asas untuk mencapai objektif dalam kajian ini. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada umum bahawa minimalis tidak hanya hadir dalam persembahan teater sahaja, tetapi juga dapat diaplikasikan dalam rekaan set sebagai salah satu aspek terpenting dalam sinografi. Selain itu, penyelidikan ini dapat membantu para aktivis teater indie dan juga kepada amatur sebagai permulaan untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang ini di samping dapat menyampaikan hasil karya mereka kepada umum tanpa memerlukan kos atau dana yang tinggi

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sarkiah, Siti Soleha
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Konsep minimalis; Teater indie; Pementasan teater; Pementasan
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15070
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SITI SOLEHA SARKIAH FF 14_5.pdf] Text
PPb_SITI SOLEHA SARKIAH FF 14_5.pdf

Download (173kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15070

Indexing

Statistic

Statistic details