Pembahagian harta pusaka menurut Faraid: tanggungjawab, keutamaan dan hak waris

Zainal Abidin, Nurain Farahana and Kamarulzaman, Masrul Hayati and Ali, Asiah and Idris, Asma’ Rashidah and Sahrim, Azila and Zoolkefli, Zuliana and Mohd Zaid, Noor Azila and Zulkifli, Ahmad Farouk (2026) Pembahagian harta pusaka menurut Faraid: tanggungjawab, keutamaan dan hak waris. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Pembahagian harta pusaka Islam (Faraid) berkuat kuasa secara automatik selepas kematian, namun ia hanya dilaksanakan pada peringkat akhir setelah semua kewajipan si mati dilunaskan mengikut hierarki: kos pengurusan jenazah, hutang kepada Allah dan manusia, tuntutan harta sepencarian pasangan, serta wasiat (maksimum satu pertiga kepada bukan waris). Baki harta bersih tersebut kemudiannya akan diagihkan secara eksklusif kepada waris sah yang mempunyai pertalian darah atau ikatan perkahwinan, atau diselesaikan melalui kesepakatan bersama (Takharuj), manakala golongan tanpa pertalian sah seperti anak angkat, anak tiri, menantu, dan bekas pasangan yang telah bercerai tidak layak mewarisi harta pusaka berkenaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150426.pdf]
Text
150426.pdf
Download (718kB)
Indexing & Metrics