Reka bentuk perabot berinspirasikan alam semulajadi: penggunaan perisian 3D dalam seni reka perindustrian

Ahmad Zamri, Ahmad Fazlan (2023) Reka bentuk perabot berinspirasikan alam semulajadi: penggunaan perisian 3D dalam seni reka perindustrian. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Reka bentuk perabot yang mengambil inspirasi daripada alam semulajadi (Designing Nature-Inspired Furniture) seperti tumbuh-tumbuhan merupakan salah satu pendekatan yang menarik dalam seni reka perindustrian. Dalam konteks ini, penggunaan perisian 3D seperti Rhinoceros 3D memberi daya kreatif kepada para peelajar dan pereka industri untuk menggabungkan elemen-elemen organik ke dalam rekaan perabot mereka. Perisian ini membantu dalam penjanaan model 3D yang fleksibel dan terperinci, memudahkan simulasi struktur yang lebih baik dan bentuk semulajadi. Keunikan perisian Rhinoceros 3D terletak pada ciri-ciri seperti pemodelan parametrik, pembentukan permukaan canggih, dan perincian yang lebih tepat dengan dimensi asal. Ini membolehkan pereka seni reka perindustrian menyelaraskan ciri-ciri semulajadi seperti garisan lembut, bentuk organik, dan kepelbagaian tekstur dalam reka bentuk perabot yag lebih baik. Kebolehannya untuk menghasilkan perubahan pada model dengan mudah membolehkan perancang mengkaji pelbagai struktur asas dari alam semulajadi yang diinspirasikan, menghasilkan reka bentuk akhir yang konsisten dan lebih berestetik. Dengan menggunakan Rhinoceros 3D, perancang dapat menghasilkan prototaip asas secara digital yang membenarkan mereka menilai kesesuaian reka bentuk dan fungsi sebelum menghasilkan prototaip fizikal. Dalam aspek teknikal, perisian 3D seperti Rhinoceros 3D boleh menjadi medium penting dalam meenghasilkan rekaan semulajadi ini. Ciri-ciri seperti pemodelan 3D, pengubahan permukaan, dan analisis struktur memungkinkan pereka untuk merealisasikan konsep dengan presisi tinggi. Kemampuan perisian ini untuk menghasilkan prototaip digital yang lebih baik memungkinkan pereka untuk menguji dan menilai struktur serta keseimbangan rekaan sebelum memulakan fasa pengeluaran produk. Contoh

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149326.pdf]
Text
149326.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics