SeaROM: Penentuan faktor kebolehruntuhan tanah dan klasifikasi skala ROM

Bachok, Mohd Fairuz and Mohd Latib, Farah Wahida and Alias, Rohaya (2025) SeaROM: Penentuan faktor kebolehruntuhan tanah dan klasifikasi skala ROM. e-DINAMIK. pp. 634-635. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pembangunan aplikasi SEaROM sebagai penyelesaian inovatif dalam menentukan faktor kebolehruntuhan tanah serta klasifikasi Skala ROM bagi pengurusan risiko kecerunan tanah. Hakisan tanah yang serius di kaki cerun kerap mencetuskan kejadian tanah runtuh yang berupaya mengakibatkan pencemaran alam sekitar, kerosakan harta benda, serta kecederaan manusia. Walaupun ujian tanah makmal konvensional memerlukan pengambilan sampel setinggi 1 meter dari permukaan tanah, kaedah tradisional ini menghadapi kekangan tenaga kerja, masa yang panjang, dan kos yang tinggi sehingga menjejaskan ketepatan serta keperihalan penilaian bagi sesuatu cerun. Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan pensyarah telah membangunkan aplikasi SEaROM yang mengintegrasikan algoritma kecerdasan buatan (AI) berasaskan penyelidikan cerun di sekitar Negeri Pahang. Aplikasi ini membolehkan penentuan faktor kebolehruntuhan tanah dan Skala ROM dilakukan dengan lebih mudah, cepat, menjimatkan kos, dan menyeluruh, sekali gus membantu jurutera awam merancang serta melaksanakan tindakan mitigasi awal untuk meminimumkan risiko bencana.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148728.pdf]
Text
148728.pdf
Download (624kB)
Indexing & Metrics