Abstract
Model pembelajaran Feldel-Silverman telah digunakan untuk mengkaji dan mengkelaskan gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan UiTM Pulau Pinang. Kajian ini mensasarkan untuk melihat dominasi dimensi personaliti gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan menggunakan Indeks Gaya Pembelajaran Felder- Solomon. Gaya pembelajaran setiap pelajar didapati berbeza mengikut gender, kursus yang diikuti dan juga latar belakang pendidikan yang diterima sebelum mengikuti pengajian di universiti. Pelajar kejuruteraan didapati mempunyai gaya pembelajaran jenis active bagi dimensi pertama, sensing bagi dimensi kedua, visual bagi dimensi ketiga dan sequential bagi dimensi keempat. Daripada keseluruhan gaya belajar tersebut didapati pelajar UiTM P.Pinang mempunyai kecenderungan yang kuat bagi gaya visual. Ujian keboleharapan (reliability) menggunakan pemalar Cronbach's Alpha juga menunjukkan konsistensi signifikan di antara keempat empat dimensi gaya pembelajaran. Model Felder-Silverman dapat digunakan untuk membantu instruktor di bidang pendidikan kejuruteraan bagi memahami gaya belajar pelajar kejuruteraan dan sebagai alat untuk mereka bentuk kaedah pengajaran supaya
menjadi lebih berkesan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusof, Azmi UNSPECIFIED Kadar, Rozita UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Academic Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ESTEEM Academic Journal (EAJ) |
ISSN: | 1675-7939 |
Volume: | 3 |
Page Range: | pp. 153-168 |
Keywords: | Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman; Pelajar kejuruteraan; UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14861 |