Abstract
Ibn Sina (980-1037 M) merupakan seorang tokoh dalam bidang sains perubatan Islam yang lebih dikenali di sebelah dunia intelektualisme Barat dengan nama Avicenna melalui karyanya al-Qanun fVI-Tibb. Ibn Sina
menjelaskan bahawa perubatan merupakan pengetahuan berkaitan dengan kesihatan keadaan tubuh badan dan kemerosotan dalam kesihatan. la bertujuan bagi memelihara kesihatan dan juga usaha ke arah
pemuliharaannya. Kebijaksanaan Ibn Sina digambarkan dalam al-Qanun melalui pengkelasan dan penyusunan ilmu perubatan pada zaman tersebut dan dipersembahkan dalam bentuk yang logik. Satu aspek pemikiran Ibn Sina tentang perubatan ialah beliau amat* menekankan kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Ini amat bertepatan dengan ajaran wahyu Islam yang amat menekankan penjagaan kesihatan berbanding
dengan merawat sesuatu penyakit. Falsafah dan pemikiran yang dikemukakan Ibn Sina boleh dikqitkan dengan perubatan Islam, dan ia serasi dengan Perubatan Nabi-nabi atau lebih dikenali Tibb al-Nabawi, walaupun kedua-duanya tidak semestinya sama dalam semua perkara termasuk dari segi prinsip serta pendekatan. Antara perkara penting yang telah dikemukakan Ibn Sina adalah kesederhanaan (wasatiyyah) dan keseimbangan (mizaan) sebagai jalan terbaik bagi langkah penjagaan kesihatan. Justeru kertas kerja ini akan cuba mengupas isu-isu berkaitan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Roshaimizam UNSPECIFIED Sulong, Jasni UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Theology (Kalam) > Man > Health and sickness. Islam and medicine |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Academic Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ESTEEM Academic Journal (EAJ) |
ISSN: | 1675-7939 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 201-213 |
Keywords: | Al-Qanun fil tibb; Perubatan Islam; Perubatan para nabi; Pemikiran |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14820 |
Download
AJ_ROSHAIMIZAN SUHAIMI ESTEEM 09.pdf
Download (26MB)