Kaedah TAMBAN merupakan satu inovasi dalam pengajaran bahasa Melayu yang dihasilkan untuk menangani kesukaran murid dalam menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan tepat dalam aspek tatabahasa. Tatabahasa merupakan komponen perdana dalam kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk mencapai kefasihan bahasa yang dipelajari secara cekap dan berkesan. Oleh itu, bagi melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tatabahasa dalam bidang morfologi ini guru perlu menggunakan bahan untuk merangsang tahap kognitif murid. Bahan interaktif ini memudahkan pemahaman murid tentang penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam konteks yang betul. Kaedah TAMBAN dibentuk sebagai satu alternatif bagi membantu guru dalam proses PdP bagi menyelesaikan masalah murid yang lemah dalam mengenal pasti kata sendi nama yang sesuai digunakan ketika bertutur mahupun menulis. Kaedah TAMBAN ini sesuai digunakan dalam proses PdP kerana menarik minat murid yang bermasalah dari segi kognitif kerana bahan ini mengandungi unsur visual sebagai dasar utama dan mendorong murid untuk mudah mengingati setiap elemen yang telah diintegrasikan. Kelebihan inovasi ia dapat membantu murid menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan tepat kerana merangsang kognitif murid melalui unsur visual. Hal ini juga memudahkan mereka mengingati dan memahami tatabahasa dalam konteks yang betul. Kaedah ini juga lebih berkesan dan fleksibel berbanding kaedah konvensional kerana ia berbentuk digital menjadikannya lebih menarik dan mudah difahami oleh murid (Mustapha, 2009).
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Latif, Nooraini UNSPECIFIED Jamin, Masni UNSPECIFIED Abu Bakar, Habilah Begam UNSPECIFIED Tuan Arif Sahibu Fadhilah, Tuan Khalisah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 243-246 |
| Keywords: | Kaedah TAMBAN, Tatabahasa, Kata sendi nama, Visual |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148138 |
148138.pdf
