Halalan Tayyiban dan fenomena FOMO dalam kalangan Generasi Z: ke arah pembentukan generasi sejahtera berasaskan Maqasid Syariah

Faizol, Nur Farisa Syamila and Bahori, Adibah and Zaim, Nabilah Huda and Abd Rahman, Siti Nur Husna and Mat Salleh, Mohd Kamel and Mohd Zhaffar, Nursafra and Ismail, Siti Zubaidah (2026) Halalan Tayyiban dan fenomena FOMO dalam kalangan Generasi Z: ke arah pembentukan generasi sejahtera berasaskan Maqasid Syariah. Journal of Halal Science and Management Research, 2 (2): 7. pp. 212-227. ISSN 3093-8368
Identification Number (DOI): 10.24191/jhsmr.v2i2.14318
Abstract

Fenomena Fear of Missing Out (FOMO) semakin ketara dalam kalangan Generasi Z dalam persekitaran digital yang mendorong kecenderungan mengikuti trend, mendapatkan penerimaan sosial dan membandingkan diri dengan orang lain. Tekanan tersebut berpotensi mempengaruhi nilai agama, kesejahteraan psikologi, pertimbangan rasional, pembentukan identiti dan pengurusan harta. Dalam konteks ini, prinsip halalan tayyiban menyediakan kerangka Islam yang menekankan pematuhan halal, kebaikan, keselamatan, kesederhanaan dan kemaslahatan. Kajian ini bertujuan menganalisis implikasi FOMO serta peranan prinsip halalan tayyiban dalam kalangan Generasi Z berdasarkan perspektif Maqasid Syariah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan analisis tematik terhadap literatur berkaitan FOMO, Generasi Z, prinsip halalan tayyiban dan Maqasid Syariah. Hasil analisis menunjukkan bahawa FOMO berpotensi mempengaruhi lima dimensi Maqasid Syariah, iaitu hifz al-din, hifz al-nafs, hifz al-‘aql, hifz al-nasl dan hifz al-mal, melalui tekanan digital, perbandingan sosial, kecenderungan mengikuti trend dan pencarian pengiktirafan sosial. Prinsip halalan tayyiban pula berpotensi menyokong kawalan kendiri melalui pertimbangan halal, manfaat, kesederhanaan dan penghindaran kemudaratan. Pengintegrasian prinsip halalan tayyiban dengan Maqasid Syariah menyediakan landasan panduan untuk membimbing Generasi Z menghadapi tekanan digital secara lebih kritis, seimbang dan bertanggungjawab, sekali gus menyokong pembinaan generasi yang sejahtera.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148105.pdf]
Text
148105.pdf
Download (371kB)
Indexing & Metrics