Penilaian kebolehgunaan model pengendalian makanan Halalan Tayyiban dalam kalangan pengendali makanan menggunakan Teknik Kumpul Nominal (NGT)

Saad, Nurul Asmida and Ramli, Mohd Anuar (2026) Penilaian kebolehgunaan model pengendalian makanan Halalan Tayyiban dalam kalangan pengendali makanan menggunakan Teknik Kumpul Nominal (NGT). Journal of Halal Science and Management Research, 2 (2): 6. pp. 193-211. ISSN 3093-8368
Identification Number (DOI): 10.24191/jhsmr.v2i2.12433
Abstract

Pengendalian makanan berteraskan prinsip Halalan Tayyiban amat penting bagi menjamin integriti halal, keselamatan makanan, dan kesejahteraan pengguna. Walau bagaimanapun, garis panduan sedia ada kerap memisahkan aspek halal dan keselamatan makanan tanpa mengintegrasikannya ke dalam satu model panduan yang praktikal. Sehubungan itu, Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban (MPMHT) dibangunkan menerusi pendekatan Design and Development Research (DDR). Kajian ini memfokuskan kepada fasa penilaian kebolehgunaan MPMHT mengguna pakai kaedah Modified Nominal Group Technique (Modified NGT). Seramai empat belas orang pengendali makanan terdiri daripada pengusaha katering, restoran dan kantin sekolah telah terlibat dalam sesi penilaian. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah peratusan skor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua item yang dinilai memperoleh skor melebihi nilai minimum kebolehgunaan yang ditetapkan iaitu 70 peratus, dengan julat skor antara 93.88 peratus hingga 96.94 peratus. Skor tertinggi dicatatkan bagi item yang menilai kejelasan objektif model, menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi dalam kalangan peserta. Dapatan ini membuktikan bahawa Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban mempunyai tahap kebolehgunaan yang sangat tinggi serta sesuai digunakan sebagai panduan kepada pengendali makanan dalam melaksanakan amalan pengendalian makanan yang mematuhi prinsip halal dan tayyib. Kajian ini turut membuktikan keberkesanan Modified NGT dalam penilaian model pembangunan demi menyokong sistem pengendalian makanan yang sistematik dan berintegriti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148103.pdf]
Text
148103.pdf
Download (406kB)
Indexing & Metrics