Kit pembelajaran interaktif MBPK KSSM T1 subjek pengurusan diri: your colours your limit

Danel, Sandi and Pang, Lee Ying and Anyie, Shirley and Ding, Geraldine Lasak and Kong, Vestly Liang Soon (2025) Kit pembelajaran interaktif MBPK KSSM T1 subjek pengurusan diri: your colours your limit. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 130-133. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Pengurusan diri merupakan salah satu kemahiran asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Subjek ini memberi fokus kepada membimbing murid-murid untuk mengenali diri, mengurus keperluan asas harian, serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Kit Pembelajaran Interaktif ini dibangunkan khusus bagi membantu guru dan pelajar MBPK dalam mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSM PK) Tingkatan 1 dengan lebih berkesan. Bertemakan Your Colours Your Limit, kit ini direka untuk memperkenalkan konsep pengurusan diri: Batasan Pergaulan dan Batasan Sentuhan melalui pendekatan yang menarik, kreatif dan interaktif, sejajar dengan keperluan dan kemampuan murid. Pendekatan interaktif yang digunakan dalam kit ini melibatkan elemen multimedia, aktiviti hands-on, serta modul pengajaran yang mudah difahami, bertujuan untuk merangsang minat dan meningkatkan daya tumpuan murid. Dengan memberi penekanan kepada potensi dan keunikan setiap individu, kit ini diharapkan dapat membantu murid MBPK mengembangkan kemahiran pengurusan diri yang kukuh, membina rasa percaya diri, dan seterusnya membuka peluang kepada mereka untuk menyumbang secara aktif dalam kehidupan harian serta masyarakat

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146435.pdf]
Text
146435.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics