Kemahiran membaca al-Quran merupakan asas bagi individu muslim dan ia mempunyai perkaitan dengan ibadah yang lain seperti solat. Kemahiran membaca al-Quran meliputi bacaan yang fasih dan bertajwid agar dapat memelihara maksud ayat al-Quran. Namun, sekiranya terdapat kesalahan dalam menyebut huruf dalam al-Quran, ia membawa kepada sebutan yang tidak jelas. Kesalahan dalam bacaan hukum ‘Ra’ (ر (lazim berlaku samaada dalam kalangan remaja mahupun dewasa. EziRa merupakan inovasi hukum tajwid bagi huruf ‘Ra’ (ر (yang dibangunkan menggunakan perisian Framevr. Perisian EziRa ini mengandungi dua (2) komponen utama iaitu a) komponen konsep asas hukum ‘Ra’ (ر) (content); manakala komponen kedua b) pentaksiran kendiri hukum ‘Ra’ (ر (menerusi gamifikasi berunsurkan Virtual Reality (VR). Secara umumnya, perisian EziRa sesuai untuk digunakan kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya kepada murid yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi matapelajaran Maharat al-Quran. Pembinaan perisian EziRa diharapkan memberi implikasi kepada proses pembelajaran hukum ‘Ra’ (ر (menjadi interaktif sekaligus menarik minat murid dalam mempelajari hukum tajwid.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Murihah UNSPECIFIED Ruslan, Haziem UNSPECIFIED Anuar Sadad, Alya Saadah UNSPECIFIED Mohd A’lim, Ummu Syifa UNSPECIFIED Syed Abdul Mubin, Sharifah Nur Hayati UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 100-103 |
| Keywords: | Inovasi, Tajwid, Hukum Ra, Interaktif, Maharat al-Quran |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146333 |
146333.pdf
