Laporan ini membincangkan inovasi dalam pendidikan melalui penggunaan teknologi Virtual Reality (VR) untuk simulasi pemasangan sistem solar. Tujuan projek ini adalah meningkatkan keberkesanan latihan teknikal dengan menawarkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan realistik. Dalam menghadapi cabaran latihan konvensional seperti kos tinggi dan risiko keselamatan, penggunaan VR menjadi penyelesaian dengan menyediakan simulasi pemasangan tanpa risiko dan kos yang tinggi. Modul VR membolehkan pelajar mengamalkan pemasangan sistem solar dalam persekitaran maya yang erkawal, meningkatkan pemahaman konsep dan kemahiran teknikal mereka tanpa perlu ke lokasi fizikal. Projek ini telah melalui beberapa fasa pembangunan termasuk reka bentuk persekitaran maya dan ujian pengguna. Hasilnya menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman dan kecekapan teknikal pelajar berbanding kaedah tradisional. Secara keseluruhan, penggunaan VR dalam pengajaran teknikal berpotensi mentransformasi pendidikan dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan industri. Cadangan masa depan termasuk peningkatan ciri interaktif modul VR dan penerapan teknologi ini dalam bidang latihan teknikal lain.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salim, Syazaliah UNSPECIFIED Husin @ Ibrahim, Ridzman UNSPECIFIED Mohd Zublie, Muhammad Firdaus UNSPECIFIED Ghani, Fauzi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 96-99 |
| Keywords: | Inovasi pendidikan, Virtual Reality (VR), Simulasi pemasangan sistem solar, Latihan teknikal, Kecekapan pembelajaran |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146329 |
146329.pdf
