Projek inovasi ini dibangunkan untuk mengatasi kesukaran dalam mempelajari dan memahami topik asas pengaturcaraan, seperti yang dikenalpasti melalui kaedah temubual, pemerhatian, dan pengedaran borang soal selidik kepada guru pelatih RBT, guru RBT, dan murid-murid. Hasil daripada dapatan ini, Pembelajaran Kendiri Asas Pengaturcaran Tahun 4 (PKAP 4.0) diperkenalkan sebagai bahan pembelajaran yang komprehensif, lengkap dengan nota dan elemen gamifikasi, berasaskan DSKP Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4, di bawah topik 6 Asas Pengaturcaraan. PKAP 4.0 mengintegrasikan audio, video, dan pelbagai unsur interaktif untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, menyeronokkan, dan bermotivasi. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan minat dan kefahaman murid serta guru dalam topik yang sering dianggap mencabar.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Zuki, Ros Eliana UNSPECIFIED Hasuvadi, Nur Alia’tul Nasrin UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 69-72 |
| Keywords: | Asas pengaturcaraan, Tahun 4, Interaktif |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146298 |
146298.pdf
