Keberkesanan LT Flow Map dalam menguasai resipi standard semasa latihan pratikal

Letchumanan, Viknesvari (2023) Keberkesanan LT Flow Map dalam menguasai resipi standard semasa latihan pratikal. APS Proceedings, 6 (1): 39. pp. 236-247. ISSN 003428568-X
Abstract

Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan merupakan satu kursus yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran kurang upaya interlektual. Sebagai seorang guru, pengkaji mendapati MBPK tidak berani menjalankan latihan praktikal, tidak mahir merujuk resipi standard semasa menjalankan latihan praktikal dan lemah dalam pemahaman resipi standard. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman resipi standard sebelum memulakan latihan praktikal, memastikan menjalankan latihan praktikal dengan berani serta yakin pada diri sendiri dan dapat menghasilkan hidangan mengikut langkah penyediaan dengan baik. Kajian tindakan menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) dengan menggunakan dua instrumen iaitu pemerhatian dan temubual. Kajian ini melibatkan sembilan orang murid Tingkatan 5 PPM C yang tidak dapat menghasilkan hidangan dengan baik. Intervensi yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah LT Flow Map. Berdasarkan intervensi yang telah diaplikasikan MBPK dapat menjalankan latihan praktikal dengan baik di mana mereka dapat memahami resipi standard, menghasilkan hidangan dengan berani serta yakin pada diri sendiri dan mengikut langkah penyediaan yang betul.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146262.pdf]
Text
146262.pdf
Download (932kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics