Stres dan kepuasan kerja: analisis inferensi faktor gender dan status perkahwinan dalam kepuasan kerja pensyarah IPG

Muniandy, Punitha and Zakariya, Khairani and Mohd Ali, Azhar and Mohamad, Ahmad Sukari (2022) Stres dan kepuasan kerja: analisis inferensi faktor gender dan status perkahwinan dalam kepuasan kerja pensyarah IPG. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 397-407. ISSN 9789672948339
Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan susulan daripada kadar persaraan awal pensyarah yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kajian ini bertujuan menganalisis faktor gender dan status perkahwinan dalam pengaruh tahap stres dan kepuasan kerja pensyarah di IPG. Reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik “Google Form” telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Seramai 383 orang pensyarah telah mengambil bahagian dalam soal selidik berkenaan. Temu bual susulan turut dijalankan ke atas beberapa orang pensyarah. Hasil kajian memperoleh dua dapatan yang menarik yang mungkin bercanggah dengan bidang kerja lain, iaitu tidak wujud perbezaan yang signifikan antara min tahap stres pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan, dan juga status perkahwinan pensyarah. Dalam erti kata lain, perbezaan gender dan status perkahwinan bukan merupakan faktor utama yang mempengaruhi stres pensyarah IPG. Keputusan ujian korelasi Pearson terhadap tahap stres dan kepuasan terhadap tugas menunjukkan bahawa terdapat korelasi songsang yang signifikan walaupun tidak tinggi. Dapatan ini bermaksud bahawa tahap stres yang tinggi akan memberikan kepuasan tugas yang rendah dan begitulah sebaliknya. Rumusan kajian menunjukkan tahap stres dapat dikawal oleh pensyarah lelaki dan perempuan sehinggakan tiada perbezaan ketara antara kedua-dua aspek. Kawalan emosi yang baik serta personaliti penyesuaian diri pensyarah dalam bidang profesion yang diceburi menampakkan semangat kerja yang harus dicontohi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146247.pdf]
Text
146247.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics