Dalam era digital ini, penyebaran maklumat agama berlaku dengan pantas, namun tidak semua maklumat tersebut sahih. Masalah utama timbul apabila ramai individu di Malaysia menerima hadis tanpa semakan kerana bidang Usul Hadis yang sering dianggap abstrak, teoretikal, dan sukar dikuasai melalui kaedah teks tradisional. Bagi menangani isu ini, inovasi SAHIHFY dibangunkan bertujuan memudahkan prinsip pengesahan hadis melalui permainan kad, membolehkan pemain membezakan hadis sahih dan daif serta memupuk kemahiran pengesahan dalam kehidupan seharian. Kajian ini menggunakan Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation) dengan merujuk kepada dua permainan kad sedia ada serta buku teks utama bagi membina mekanisme dan kandungan produk. Hasilnya, SAHIHFY berjaya mengubah bahan teks yang padat kepada format permainan kad dengan kebolehulangan main tinggi yang meningkatkan motivasi serta kefahaman pelajar secara interaktif. Kesimpulannya, SAHIHFY merapatkan jurang pendidikan selaras dengan SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Produk ini mempunyai potensi pengkomersialan yang besar sebagai alat bantu mengajar (ABM) inovatif di sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi membendung maklumat palsu dalam masyarakat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azhar, Muhammad muhmmdazhrr@gmail.com Mohamad Azlan, Iman Haqimi UNSPECIFIED Rohaizad, Muhammad Akid Rusyaidi UNSPECIFIED Mohd Zaihan, Danish Mursyidee UNSPECIFIED Mohd Zaki, Mohd Zul Amin UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 312-317 |
| Keywords: | Usul hadis, Permainan kad, Pengesahan hadis, Alat bantu mengajar (ABM), Maklumat palsu |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146169 |
146169.pdf
