Kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan kerangka model pengurusan bersepadu bagi pusat tahfiz persendirian di Malaysia. Isu utama kajian berpunca daripada ketidakseragaman amalan pengurusan yang dilaksanakan dalam pentadbiran pusat tahfiz, khususnya melibatkan aspek pengurusan sumber manusia, kewangan dan fasiliti. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan membangunkan satu kerangka model pengurusan bersepadu yang lebih sistematik dan sesuai dengan keperluan operasi pusat tahfiz persendirian. Dalam usaha membangunkan kerangka tersebut, teori Good Governance dijadikan sebagai teras utama yang melandasi pembinaan model, merangkumi prinsip keterbukaan, kebebasan, akauntabiliti, tanggungjawab dan keadilan. Pendekatan ini bertujuan menyelaraskan elemen-elemen pengurusan utama di pusat tahfiz persendirian agar berfungsi secara saling melengkapi dan bersepadu. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang melibatkan tiga fasa utama, iaitu fasa analisis keperluan melalui kaedah temu bual bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model, diikuti fasa reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan proses pengesahan pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi, serta fasa penilaian kebolehgunaan melalui kaedah Nominal Group Technique untuk menilai kesesuaian model yang dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan prinsip Good Governance berupaya menghasilkan satu kerangka model pengurusan yang komprehensif, merangkumi aspek sumber manusia, kewangan dan fasiliti, serta sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan pusat tahfiz persendirian. Implikasi kajian menegaskan bahawa model yang dicadangkan berpotensi membantu pihak pentadbir meningkatkan kelancaran operasi serta memperkukuh sistem tadbir urus di pusat tahfiz persendirian.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Arif, Muhammad Afif UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdul Hamid, Mohammad Fahmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Doctor of Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Good governance, Private tahfiz institutions, Integrated management model, Human resource management, Financial management, Facilities management, Design and Development Research, DDR, Fuzzy Delphi method, FDM, Nominal Group Technique, NGT, Malaysia |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146011 |
146011_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

