Ilmu Qiraat merupakan salah satu cabang utama dalam pengajian al-Quran. Dalam konteks pendidikan tahfiz di Malaysia, PdP Qiraat menjadi komponen asas yang menyokong usaha melahirkan huffaz yang berkualiti. Kajian ini meneliti Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Asas Qiraat Berteraskan Pendekatan Ibn Khaldun di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Negeri Perak dengan memberi fokus terhadap persediaan guru, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta pendekatan pedagogi yang digunakan. Latar belakang kajian menunjukkan masih wujud beberapa permasalahan seperti tahap motivasi pelajar yang rendah, kekangan masa, kekurangan sumber rujukan serta kemahiran guru yang memerlukan penambahbaikan. Pendekatan kualitatif digunakan sebagai metod kajian dan guru Qiraat sebagai peserta kajian. Kajian dijalankan bagi mencapai tiga objektif utama. Pertama meninjau persedian guru Qiraat sebelum pelaksanaan kelas Qiraat manakala yang kedua mengenalpasti Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru Qiraat di dalam kelas dan ketiga meneroka pendekatan pengajaran guru Qiraat dalam kelas berdasarkan pengajaran Ibn Khaldun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes melalui temu bual bersama guru selain analisis dokumen serta pemerhatian. Data analisis menggunakan kaedah tematik bagi mengenal pasti pola dan tema utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persediaan guru dalam membimbing pelajar sebelum kelas adalah tinggi. Guru-guru Qiraat di SMTDR menunjukkan komitmen yang tinggi dan kesediaan yang menyeluruh dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pembimbing bukan sahaja dari segi penguasaan kandungan ilmu Qiraat tetapi juga dari aspek penyampaian secara bertahap, pemantauan berterusan dan sokongan individu kepada murid mengikut keperluan masing-masing. Dalam aspek Bahan Bantu Mengajar (BBM), didapati bahawa guru menggunakan pendekatan yang pelbagai namun terdapat kekangan dari segi teknologi moden dan penghasilan BBM yang sistematik serta masih terbatas dari segi inovasi multimedia. Dalam masa yang sama wujudnya beberapa permasalahan dalam perlaksanaan pengajaran antaranya ialah kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh digunakan secara efektif oleh guru-guru. Kajian juga mendapati bahawa guru-guru Qiraat di SMTDR telah berjaya mengaplikasikan sebahagian besar pendekatan pendidikan Ibn Khaldun. Walau bagaimanapun, elemen yang kurang digunakan iaitu pendekatan rihlah masih kurang diberi perhatian serta kurang diamalkan secara khusus dalam konteks Qiraat. Secara keseluruhan, pendekatan yang pelbagai, responsif dan bersesuaian dengan tahap murid terbukti telah memberi kesan yang positif terhadap minat dan prestasi pelajar dalam subjek Qiraat Kesimpulannya, kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan PdP asas Qiraat sangat bergantung kepada persediaan guru, kreativiti serta penerapan pendekatan pedagogi yang sesuai. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan strategi PdP Qiraat yang lebih sistematik dan inovatif dalam memperkukuh mutu pendidikan al-Quran dan Qiraat.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Khadijah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri UNSPECIFIED Thesis advisor Ali Hasan, Ahmad Rozaini UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Master of Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Qiraat education, Tahfiz, Ibn Khaldun's educational approach, Teaching and learning practices, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, SMTDR, Teaching Aids, TA, Qualitative case study, Perak |
| Date: | July 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145895 |
145895_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

