Kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap konsep akhlak murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran sekolah rendah

Mustafa, Norafizah and Mohd Zhaffar, Nursafra and Mohammed Zabidi, Mahfuzah (2026) Kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap konsep akhlak murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran sekolah rendah. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 12 (1): 9. pp. 106-123. ISSN (e-ISSN) :0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v12i1.9
Abstract

Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan penting dalam membimbing perkembangan akhlak murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran. Peranan ini bergantung kepada kefahaman GPI terhadap konsep akhlak dalam kerangka pendidikan Islam. Kefahaman ini terbentuk melalui ilmu, pengalaman mengajar dan interaksi berterusan dengan MBPK, memandangkan kemampuan emosi, tingkah laku dan nilai murid ini berbeza-beza antara individu. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka kefahaman GPI terhadap akhlak MBPK. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif yang melibatkan tujuh orang GPI di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah. Data utama dikumpul melalui temu bual separa berstruktur manakala pemerhatian bilik darjah dan analisis dokumen pengajaran dan pembelajaran digunakan sebagai kaedah sokongan bagi tujuan triangulasi data. Semua data dianalisis secara tematik dengan penekanan kepada dapatan temu bual dan disokong oleh bukti pemerhatian serta dokumen. Dapatan kajian mengenal pasti tiga tema utama dalam kefahaman GPI terhadap akhlak MBPK. Tema pertama ialah kemampuan emosi, merangkumi kawalan emosi, ekspresi dan ketahanan diri MBPK. Tema kedua ialah tingkah laku yang mencerminkan hubungan MBPK dengan diri sendiri, dengan orang lain dan dengan Allah SWT. Tema ketiga ialah nilai, merangkumi kesabaran, kasih sayang dan hormat dalam kehidupan seharian MBPK. Kefahaman yang jelas terhadap ketiga-tiga tema ini membantu GPI merancang dan melaksanakan bimbingan akhlak secara lebih sistematik, realistik dan bersesuaian dengan keupayaan MBPK. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pemerkasaan amalan pengajaran Pendidikan Islam yang lebih inklusif dan berteraskan prinsip tarbiah Islam dalam konteks pendidikan khas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143577.pdf]
Text
143577.pdf
Download (400kB)
Indexing & Metrics