Kaedah penentuan ukuran kualiti hidup: satu sorotan literatur

Md Radzi, Mohamad Bazli and Jantan, Mohamad Azahar (2022) Kaedah penentuan ukuran kualiti hidup: satu sorotan literatur. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 27. pp. 211-214. ISSN 2948-5045
Abstract

Menurut Wan Maznah et. al (2016) penggunaan istilah kualiti hidup dan kesejahteraan hidup kerap kali digunakan secara bersilih ganti dalam membahaskan berkenaan isu kualiti atau kesejahteraan hidup. Manakala Giambona et. al (2014), beliau menggunakan empat perkara utama bagi mengukur tahap kesejahteraan hidup iaitu berdasarkan aspek kewangan, pemilikan rumah, barangan, kesihatan serta persekitaran. Garis panduan yang dinyatakan adalah merujuk kepada keperluan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian individu. Tanpa keperluan asas sebagaimana yang dinyatakan, akan menyebabkan seseorang individu sukar untuk menjalani kehidupan seharian. Justeru itu, bagi mengukur kualiti hidup seseorang, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya ialah berdasarkan konsep Islam dan berdasarkan kepada konsep Konvensional.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143470.pdf]
Text
143470.pdf
Download (204kB)
Indexing & Metrics