Kajian arah kiblat liang lahat lama bagi tanah perkuburan islam

Syed Salim, Syed Idrus and Asri, Nor Asmadi (2022) Kajian arah kiblat liang lahat lama bagi tanah perkuburan islam. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 213-219. ISSN 9789672948339
Abstract

Setiap manusia yang bernyawa pasti meninggal dunia dan lokasi terakhir adalah tanah perkuburan. Isu yang yang berkaitan dengan tanah perkuburan adalah isu yang agak sensitif di kalangan ahli keluarga yang telah kehilangan keluarga. Terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan tanah perkuburan seperti tanah perkuburan Islam, Cina, India, Kristian dan lain-lain lagi. Masalah tempat dimana hendak dikebumikan merupakan isu yang biasa dihadapi dan ianya bertambah rumit apabila tanah yang berhampiran dengan tanah perkuburan hendak dibangunkan bagi tujuan memajukan kawasan tersebut yang dirasakan strategik bagi peningkatan ekonomi penduduk setempat. Bagi tanah perkuburan islam pula, perdebatan arah kiblat yang tepat sering kali diperkatakan kebelakangan ini. Pihak yang bercadang membangunkan kawasan yang berhampiran dengan tanah perkuburan pastinya memerlukan maklumat yang tepat untuk mengesan tanah perkuburan sedia ada terutama sekali tanah perkuburan lama yang tidak bertanda. Kaedah pengukuran secara GPR (Ground Penetrating Radar) berpontensi mampu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi oleh pihak pengurusan tanah perkuburan. Teknologi GPR mampu menembusi kedalaman sehingga 12 kaki. Manakala, untuk kawasan yang berkepadatan tinggi pula, GPR boleh membantu dalam mengenalpasti petak kubur yang tidak bertanda atau. GPR ini juga mampu memberikan keputusan yang tepat arah kiblat petak kubur berada pada orientasi yang sepatutnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143350.pdf]
Text
143350.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics