Pokok ilmu peradaban Islam berteraskan Ahli sunnah wal Jamaah: Daripada Hadith Jibril kepada siyasah Fiqh al-Watan dan siyasah Fiqh al- ‘Umran dalam kerangka Tajdid al-Kalam.

Muhammad, Amran and Abd Rahim, Rahimin Affandi and Yusof, Azman and Mohd Kamil, Ibrahim Majdi and Shalbi, Syamira (2026) Pokok ilmu peradaban Islam berteraskan Ahli sunnah wal Jamaah: Daripada Hadith Jibril kepada siyasah Fiqh al-Watan dan siyasah Fiqh al- ‘Umran dalam kerangka Tajdid al-Kalam. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 9 (1). pp. 88-101. ISSN 2600-9617
Identification Number (DOI): 10.24191/v38cj555
Abstract

Artikel ini membangunkan satu kerangka epistemologi peradaban Islam berasaskan Hadith Jibrilsebagai definisi dalaman agama yang bersepadu melalui struktur Iman–Islam–Ihsan. Kajian ini berhujah bahawa krisis peradaban Islam kontemporari berpunca daripada fragmentasi epistemologi yang memisahkan akidah, fiqh dan akhlak serta kegagalan mengoperasikan agama sebagai sistem ilmu dan governan yang koheren. Melalui analisis konseptual dan sintesis teori, Hadith Jibril ditafsirkan sebagai epistemologi primer agama, lalu dimodelkan dalam bentuk Carta Pokok Peradaban Islam yang memetakan iman sebagai asas ontologi dan epistemologi, Islam sebagai struktur normatif dan institusional, serta ihsan sebagai prinsip aksiologi dan adab peradaban. Kerangka ini seterusnya diperkukuh melalui Tajdid al-Kalam sebagai falsafah Sains Islam dan dioperasikan melalui Fiqh al-Watan ke arah pembinaan Siyasah Fiqh al- ‘Umran. Artikel ini menyumbang satu rantaian epistemologi peradaban Islam yang berhierarki, bersepadu dan aplikatif, yang menghubungkan teks hadis autoritatif, teori ilmu dan aplikasi governan secara sistematik, sekali gus menawarkan alternatif konseptual yang kukuh bagi reformasi ilmu dan peradaban Islam kontemporari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142700.pdf]
Text
142700.pdf
Download (366kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics