Kajian sejarah dan keunikan pada beca di Melaka / Fauziawati A. Manap

A. Manap, Fauziawati (2002) Kajian sejarah dan keunikan pada beca di Melaka / Fauziawati A. Manap. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tujuan dan matlamat : Tujuan dan matlamat kajian ini adalah untuk menyingkap sejarah perkembangan keunikan yang terdapat pada beca di kawasan Melaka umumnya dan sekitar Banda Hilir Melaka khasnya yang merupakan salah satu daripada alat pengangkutan tradisi wujud sejak dulu lagi. Ianya akan lebih tertumpu dari aspek keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada beca di kawasan kajian iaitu di sekitar Banda Hilir Melaka. Keunikan yang terdapat pada beca mempunyai identiti yang tersendiri sebagai salah satu daya tarikan para pelancong sama ada dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke bandaraya bersejarah ini.
Konsep dan teknik penggunaannya akan dikupas secara terperinci sebagai satu keistimewaan kenderaan yang masih mengusai sebahagian besar Banda Hilir Melaka.
Kepentingan : Melalui kajian ini masyarakat luar akan dapat mengetahui dengan lebih lengkap dan terperinci mengenai keistimewaan dan keunikan, elemen-elemen seni yang terdapat pada beca di Melaka yang mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri dan unik daripada kenderaan pengangkutan yang lain. Kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan sebagai bahan
ilmiah untuk pelajar-pelajar juga dijadikan sebagai sumber maklumat tambahan. Selain itu ianya juga sebagai wahana dalam membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha meningkatkan taraf Persatuan Beca Pelancongan Melaka serta Persatuan Kebajikan Beca Negeri Melaka. Ianya juga diharapkan dapat dijadikan contoh bacaan serta rujukan sarna ada di perpustakaan mahupun muzium memandangkan masih belum ada penulisan yang berkaitan dengan keunikan beca di Melaka sepertinya dibukukan. Dengan adanya kajian ini, ianya dapat mendalami nilai-nilai estetik keunikan beca Melaka sebagai tinggalan sejarah yang menarik di negara inL Selain itu, kajian ini bertujuan untuk membuka minda masyarakat kini amnya dan generasi akan datang khususnya untuk mendekati ciri-ciri estetik dan dapat menilai kesenian dan kesempumaan serta menghargai dan berbangga dengan warisan seni negara.
Kaedah dan Metodologi : Menjalankan kajian berdasarkan strategi-strategi untuk membuat analisa terhadap perkara-perkara tertentu. Hal ini bertujuan untuk penulis mendapatkan ketepatan sUlnber mengenai tajuk yang dipilih. Antara kaedah yang dijalankan iaitu melalui data prima dengan menemubual individu-individu tertentu seperti En.Zainal Hj.Nordin selaku ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penarik Beca Melaka, En. Sahar Kamaruddin selaku Pengemsi Persatuan Beca Pelancongan, juga En. Mohd.Salleh Abu selaku pembuat dan pemilik beca terkenal dikalangan penarik beca di Melaka. Selain itu antara sumber lain iaitu dengan menyediakan soalan kaji selidik. Melalui data sekunder pula Inaklumat dan rujukaan diperolehi melalui kaedah perpustakaan di beberapa perpustakaan Melaka dan Kuala Lumpur. Kaedah pengumpulan gambar, kaedah pengamatan dan penilaian yang dijalankan melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Beca Pelancongan di Melaka.
Kesimpulan: Daripada kajian ini, kita dapati penggunaan beca sebagai salah satu alat pengangkutan telah wujud sejak dahulu lagL Dan sehingga ke hari ini ianya masih digunakan namun fungsi penggunaanya berbeza. Berbagai-bagai bentuk hiasan dan keunikan yang terdapat pada beca untuk menampakkan kelainan pada sesebuah beca melalui elemen-elemen seni yang menjadi hiasan dalam melambangkan kombinasi kesenian dan kebudayaan Negeri Melaka. Kini penggunaan dan keunikan beca semakin diketepikan nilai seninya yang tinggi yang merupakan khazanah seni yang amat temilai dan hams dipelihara supaya ia tidak akan pupus untuk generasi akan datang bersesuaian dengan ungakapan Negeri Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_FAUZIAWATI A.MANAP AD 02_5.pdf] Text
TD_FAUZIAWATI A.MANAP AD 02_5.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14190

Indexing

Statistic

Statistic details