Penghasilan panel komposit siling berasaskan serat batang pisang

Johari, Suzailye and Sulaiman, Hushaini and Hushaini, Nurul Nabiha and Zainal, Muhammad Irfan Iskandar and Abd Kadir, Mohamad Akhil and Shamsuddin, Muhammad Nor Hafiziey and Mohammad Rahim, Mohd Azrin (2023) Penghasilan panel komposit siling berasaskan serat batang pisang. APS Proceedings, 4 (1): 24. pp. 169-174. ISSN 003428568-X
Abstract

Projek ini adalah menghasilkan panel komposit siling berasaskan serat batang pisang. Tujuan penggunaan serat batang pisang adalah untuk menguji kekuatan gentian seratnya dalam penghasilan bahan binaan. Objektifnya adalah untuk mengkaji penggunaan serat pisang di dalam penghasilan panel komposit siling dan membandingkan sampel panel komposit siling berasaskan serat batang pisang dengan sampel gentian fiber dari aspek ketahanan beban dan rintangan haba. Proses penghasilannya melibatkan penyediaan bahan, penyediaan panel komposit siling berasaskan serat batang pisang dan pengujian sampel. Ujian yang dilakukan pada sampel adalah ujian ketahanan beban dan ujian rintangan haba. Moga penghasilan inovasi ini, dapat membantu dalam menyahut saranan kerajaan dalam mengurangkan sampah yang dibuang dan mengurangkan berlakunya pencemaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141866.pdf]
Text
141866.pdf
Download (913kB)
Indexing & Metrics