Smart Sejadah

Mazlan, Anis Afiqah Syahira and Mohd Zahari, Muhammad Alif Sufyan and Mohd Roshdi, Uthman and Sayed Muhamed, Sharifah Rosaida and Sayed Muhamed, Sharifah Rosaida and Abdul Latif, Nur Asyikin and Md Shakirin, Nurul Syakila (2023) Smart Sejadah. APS Proceedings, 4 (1): 21. pp. 148-155. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7831064

Abstract

Ibadah solat merupakan asas dan tiang kepada ibadah dalam islam. Solat juga merupakan ibadah wajib yang harus dilaksanakan oleh semua umat Islam. Oleh kerana kepentingannya kepada umat Islam, solat perlu diajar dan diterapkan sejak kecil lagi pada kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau solat anak-anak bagi memastikan anakanak mereka dapat solat dengan baik. Namun begitu, ibu bapa tidak dapat memantau solat anak-anak kerana bekerja dan kesuntukan masa. Selain itu, kanak-kanak dan oranag dewasa juga sering lupa rakaat dalam solat. Hal ini akan menyebabkan solat tidak khusyuk dan sempurna. Bagi menyelesaikan masalah yang dinyatakan, kumpulan membangunkan projek Smart Sejadah. Produk Smart Sejadah ini merupakan satu alat yang dapat menghitung jumlah rakaat dalam solat. Produk ini dapat membantu dan memudahkan ibu bapa untuk memantau solat anakanak dan membantu mengurangkan masalah terlupa bilangan rakaat di dalam solat. Projek ini menggunakan model Design Thinking Process sebagai metodologi projek. Push Plate Switch digunakan sebagai pengesan isyarat pergerakan sujud dan paparan 7 segmen digunakan bagi memaparkan jumlah rakaat dalam solat. Pengatucaraan pengawal Mikro Arduino Wemos D1 digunakan bagi mengawal keseluruhan litar. Selain itu, aplikasi Blink digunakan untuk penghantaran maklumat bilangan rakaat dalam telefon pintar. Produk ini akan menghasilkan output setiap kali sujud dilakukan didalam solat. Dua kali sujud akan menghasilkan satu rakaat dan jumlah rakaat akan meningkat setiap dua kali pergerakan sujud dilakukan dan akan dipaparkan pada 7 segmen. Bilangan rakaat yang terhasil akan dihantar ke telefon pintar melalui applikasi Blink. Dengan ini, ibu bapa dapat mengetahui bilangan rakaat yang dilakukan oleh anak mereka. Sebagai kesimpulan, produk ini dapat membantu ibu bapa memantau ibadah solat anak-anak dan juga membantu mengatasi masalah terlupa bilangan rakaat. Secara tidak langsung produk ini dapat meningkatkan kualiti solat kanak-kanak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazlan, Anis Afiqah Syahira
UNSPECIFIED
Mohd Zahari, Muhammad Alif Sufyan
UNSPECIFIED
Mohd Roshdi, Uthman
UNSPECIFIED
Sayed Muhamed, Sharifah Rosaida
UNSPECIFIED
Sayed Muhamed, Sharifah Rosaida
UNSPECIFIED
Abdul Latif, Nur Asyikin
UNSPECIFIED
Md Shakirin, Nurul Syakila
syakilashakirin@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life
T Technology > TS Manufactures > Textile industries > Textile design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 148-155
Keywords: Design thinking, Parenting, Prayer
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141863
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141863.pdf] Text
141863.pdf

Download (843kB)

ID Number

141863

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details