Abstract
Kemunculan teknologi terkini dalam bidang maklumat dan sistem maklumat telah membawa kepada satu fenomena baru dalam teknik-teknik pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kehadiran fenomena inijuga telah mengubah dan memperlebarkan evolusi sistem perpustakaan tradisional ke sistem perpustakaan digital. Keperluan terhadap perpustakaan digital tidak boleh disangkal apatah lagi pencarian dan kedapatan maklumat akademik berasaskan kepada atas-talian dan tanpa sempadan. Di sebalik tersebarnya
penggunaan perpustakaan digital, namun kajian ke atas kesedaran terhadap sistem sedemikan masih lagi jarang didapati. Kebanyakan kajian menumpu kepada kesedaran terhadap interaksi-manusia-komputer, begitu juga terhadap penggunaan Internet namun terlalu jarang terhadap perpustakaan digital. Sorotan kajian ini adalah untuk menyelidik faktor-faktor kesedaran terhadap perpustakaan digital akademik, di kalangan pengguna di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kaji selidik terhadap 944 responden di empat buah universiti penyelidikan mendapati bahawa lebih tiga perempat daripada responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perpustakaan digital akademik di universiti masing-masing. Hasil penemuan kajian juga mencadangkan, di sebalik penggunaan Internet yang tinggi di kalangan pelajar dan ahli akademik, kemahiran dan pengalaman mengguna Internet membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan perpustakaan digital. Keperluan terhadap sumber-sumber perpustakaan digital juga ditemui lebih tinggi daripada perpustakaan fizikal. Implikasi praktikal kajian ini adalah terutamanya terhadap penyelidik sains perpustakaan, pustakawan dan pihak berkuasa perpustakaan akademik; bagi memahami sejauh mana kesedaran pengguna terhadap perpustakaan digital akademik serta impaknya terhadap persepsi dan kepenggunaan ke atas sistem tersebut.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A. Kadir, Razilan UNSPECIFIED Wan Dollah, Wan Ab. Kadir UNSPECIFIED Shahibi, Mohd Sazili UNSPECIFIED Singh, Diljit UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries > Malaysia Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Digital libraries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu |
ISSN: | 2231-7104 |
Volume: | 1 |
Number: | 2011 |
Page Range: | pp. 103-119 |
Keywords: | Akademik, Perpustakaan Digital, Kesedaran, Faktor-faktor Kesedaran, Perpustakaan Fizikal |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13868 |
Download
AJ_RAZILAN A. KADIR INFORMIKA 11.pdf
Download (6MB)