Faraid Edugame: didik libur dalam pengajaran dan pembelajaran faraid

Musa, Zahari Mahad and Che Musa, Norsuhaida and Hussin, Syaryanti (2025) Faraid Edugame: didik libur dalam pengajaran dan pembelajaran faraid. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Rekacipta inovasi “FARAID EDUGAME” diperkenalkan sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran agar pengetahuan tentang ilmu faraid terutamanya berkaitan waris, bahagian dan terma asas faraid dapat didedahkan pada peringkat awal lagi dalam bentuk yang lebih santai. Objektif utama inovasi ini ialah mewujudkan kepelbagaian alat bantu mengajar kepada pendidik dalam ilmu faraid secara formal di peringkat pengajian tinggi. Selain daripada itu, penggunaan alat bantu ini dapat menjadikan gamifikasi sebagai salah satu pendekatan interaktif agar pelajar mahir berfikir berbanding menerima maklumat semata-mata. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu penelitian kajian lepas tentang pelaksanaan gamifikasi dalam ilmu faraid. Produk ini menerapkan konsep didik libur (fun learning) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) ilmu faraid. Hasil projek inovasi ini dapat memperkasakan ilmu faraid sebagai suatu ilmu sepanjang hayat untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu faraid secara khusus dan Pengajian Syariah secara am, seharusnya bergerak seiring dengan pendekatan pendidikan semasa secara menyeluruh sama ada penggunaannya di dalam atau di luar bilik darjah. Selain itu, penggunaan produk ini menjadikan pengajaran ilmu faraid sesuatu yang menyeronokkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136095.pdf]
Text
136095.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics