Aplikasi Pembelajaran Bahasa Arab (APBA), merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pembelajaran pelajar dan pengajaran pensyarah di Kolej Vokasional Kudat secara Maya. Pembelajaran secara tradisional yang menggunakan bahan-bahan bercetak mempunyai keterbatasan penggunaan seperti hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sehubungan itu, buku latih tubi juga memerlukan cetakan yang lain agar pelajar dapat melakukan latih tubi tersebut. Oleh yang demikian, pembelajaran secara maya amat diperlukan bukan sahaja untuk penjimatan kos pencetakan kertas, malah sekiranya belaku keperluan mendesak seperti peristiwa COVID-19, pembelajaran secara maya boleh dilakukan dari rumah dapat membatu pelajar untuk tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Dengan bantuan aplikasi ini, pelajar dapat melakukan pembelajaran dengan menggunakan fungsi-fungsi yang telah disediakan tanpa bimbingan guru dan boleh digunakan di mana-mana sahaja serta penjimatan kos pencetakan bahan pembelajaran. Pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan metodologi model Agile yang merangkumi beberapa fasa iaitu fasa perancangan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan, fasa ujian dan penilaian serta dibangunkan dengan menggunakan perisian Android Studio. Aplikasi yang dibangunkan mengandungi beberapa modul pembelajaran yang disesuaikan dengan pembelajaran tradisional seperti butang, audio dan grafik juga di masukkan dalam aplikasi. Dengan terhasilnya aplikasi 69% daripada pengguna bersetuju untuk menggunakan aplikasi ini sebagai alat alternatif pembelajaran yang mempunyai ciri interaksi dinamik dan intelektual di dalam kandungan pengajarannya.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salleh, Nurhafizah UNSPECIFIED Gasah, Magrizef UNSPECIFIED Hatirin, Elwie UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 2 |
| Page Range: | pp. 657-661 |
| Keywords: | APBA, Agile methodologi, Pembelajaran Secara Maya |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135184 |
135184.pdf
