Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis persoalan semasa yang berkait dengan konsep amalan kerohanian dan kebatinan yang terdapat dalam seni bela orang Melayu iaitu dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pertubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ini akan menjadi subjek kajian dalam tesis ini. Terdapat empat tujuan kajian ini dijalankan antaranya ialah pertama mengkaji sejarah dan perkembangan ilmu seni persilatan pertubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan hubungannya dengan konsep kerohanian dan kebatinan. Kedua mengkaji ajaran pertubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sama ada menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah serta ijmak Ulama. Ketiga menganalisis pengaruh dan peranan ilmu tasawuf dalam amalan kerohanian dan kebatinan dalam pertubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Oleh itu, amalan-amalan kerohanian dan kebatinan yang terdapat dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia harus dianalisis supaya bersih daripada amalan yang bertentangan dengan Islam dan pada yang sama amalan kerohanian dan kebatinan ini dapat dipraktikkan dengan niat untuk memelihara agama, jiwa, keturunan, harta dan tanah air bertepatan dengan maqasid syar‘iyyah.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohd Miqdad Aswad syirbin@gmail.com Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki drkuzaki@gmail.com |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life > Sufism. Mysticism. Dervishes G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 966-972 |
| Keywords: | Martial arts, Silat, Sufism and martial arts |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134702 |
