Kerangka model laluan kerjaya bagi pelajar Madrasah Tahfiz Persendirian di Malaysia

Samsul, Muhammad Saifullah (2026) Kerangka model laluan kerjaya bagi pelajar Madrasah Tahfiz Persendirian di Malaysia. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap usaha mencari rezeki yang halal sebagai satu tuntutan ibadah demi kelangsungan hidup diri, keluarga, dan masyarakat. Walau bagaimanapun, pelajar Madrasah Tahfiz Persendirian (MTP) di Malaysia sering berhadapan dengan isu kekurangan pendedahan kerjaya, jurang kemahiran, dan ketidaksediaan dalam merancang masa depan secara sistematik. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis keperluan tersebut dan menyediakan panduan kerjaya yang holistik. Kajian ini digerakkan oleh tiga objektif utama iaitu: (1) mengenal pasti indikator laluan bagi perkembangan kerjaya pelajar MTP, (2) meneroka factor kritikal laluan bagi perkembangan kerjaya pelajar MTP, dan (3) membangunkan kerangka model laluan kerjaya yang komprehensif bagi pelajar MTP. Dari aspek metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk kajian kes berbilang. Pengumpulan data melibatkan tiga fasa iaitu tinjauan literatur, temu bual mendalam bersama 15 orang alumni MTP, serta sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) melibatkan empat orang pakar akademik dan dua orang alumni MTP.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134339_fulltext.pdf]
Text
134339_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (2MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (225kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics