Permainan Madlibs: sebuah permainan interaktif dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab

Abd Rahim, Nadiah and Abdul Pisal, Nadhilah (2024) Permainan Madlibs: sebuah permainan interaktif dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. In: Proceedings of Johor International Innovation Invention Competition And Symposium 2024. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 450-454. ISBN 978-967-0033-25-9
Abstract

’Madlibs’ merupakan sebuah permainan kosa kata yang digunakan untuk meningkatkan kemampuan kosa kata bahasa Arab seseorang. Masih ramai pelajar bahasa Arab tidak mempunyai penguasaan kosa kata Arab yang tinggi berpunca daripada kekurangan inisiatif untuk belajar kosa kata bahasa Arab secara kendiri di luar bilik darjah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau permainan ’Madlibs’ sebagai salah satu alternatif yang digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan kosa kata Arab mereka melalui permainan interaktif. Lazimnya pembelajaran kosa kata Arab dilaksanakan secara tradisional di dalam bilik darjah melalui kaedah pengulangan hafalan bagi sejumlah perkataan sehingga menimbulkan persepsi pelajar yang negatif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Namun begitu, isu ini dapat diatasi dengan menjadikan gamifikasi seperti ’Madlibs’ sebagai salah satu inisiatif untuk menarik minat pelajar mengulang kaji dan menggunakan kosa kata Arab di luar bilik darjah. Pengaplikasian ’Madlibs’ ini akan meningkatkan motivasi, pengetahuan dan kebolehan pelajar untuk membaca dan memahami teks bahasa Arab dengan baik. Kajian ini dijangka memberi sumbangan dan implikasi dalam pendidikan secara teori dan praktikal serta cadangan untuk melaksanakan penyelidikan pada masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134329.pdf]
Text
134329.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics