Abstract
Sa Agg FILTER bermaksud Sand Aggregat FILTER atau dalam bahasa melayu penapis aggregat pasir. Objektif Sa Agg FILTER dibangunkan bagi menyelesaikan masalah pelajar Sijil Teknologi Pembinaan (STP) yang berhadapan dengan longgokan pasir yang bercampur dengan pelbagai benda asing seperti sampah sarap dan batu baur pelbagai saiz sehingga menyukarkan kerja amali bancuhan konkrit untuk matapelajaran Bahan Struktur Binaan STP10203 dilaksanakan. Keunikan Sa Agg FILTER adalah ia dihasilkan dari sisa rangka basikal kanak-lanak yang dicantumkan dengan besi tetulang Y atau bar berbunga bagi membentuk bahagian utama penapis pasir yang dibalut dengan jaring PVC. Ruang penapis pasir akan terhasil dari balutan jaring PVC ini. Dari segi ketahanan, jaring plastik yang digunakan adalah dari bahan plastik yang tahan lasak yang mengandungi bahan polimer jenis neutral kimia, iaitu selamat untuk alam sekitar. Tidak seperti logam, yang bersifat mudah karat dan reput, Jaring PVC bersifat tahan dan mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang. Sa Agg FILTER menggunapakai konsep tenaga tork dan tenaga kinetik bagi menggantikan pengunaan tenaga elektrik. Ia bertujuan untuk memudahkan pengurusan kerja di lapangan sekiranya, berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber elektrik. Kebaikan dari produk Sa Agg FILTER dapat dilihat melalui ujilari yang dilakukan, apabila produk ini berjaya mengasingkan pasir dari batu baur atau benda asing dengan melakukan pusingan 360 darjah mengikut arah jam atau lawan arah jam. Impak dari penggunaan Sa Agg FILTER, pasir yang bercampur bendasing akan terasing dan jatuh ke dalam bekas tadahan, manakala batu baur atau benda asing pula tersangkut di dalam jaring yang berbentuk silinder. Dapatan dari hasil soal selidik membuktikan Sa Agg FILTER membantu menyelesaikan masalah pengasingan pasir dan bahan asing, dengan nilai purata min adalah 4.472.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Herryanni UNSPECIFIED Ruhaimi, Amir Danish UNSPECIFIED Vincent, Alfredeo UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Particles T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Soil stabilization. Including soil compaction |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 2 |
| Page Range: | pp. 84-88 |
| Keywords: | Penapis pasir, Bahan terpakai, Jaring PVC, Silinder |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134267 |
