SP PVC box

Mohd Harmizi, Muhammad Azlan Iskandar and Rosli, Che Mohammed Faizzuddin and Sazaly, Muhammad Haikal and Masrakin, Khairul Bariyah (2023) SP PVC box. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 279-284. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Kebocoran paip air sememangnya mendatangkan masalah dan kerugian kepada pengguna. Sesebuah rumah boleh kehilangan air sehingga 20,000 gelen (75,708 liter) setiap tahun melalui kebocoran secara langsung atau tidak langsung. Sebilangan besar kebocoran ini berasal dari pelbagai punca termasuk masalah kebocoran pada kepala paip. Di bangunan perumahan domestik kebanyakan kepala paip air dipasang dengan penyambung paip dan paip agihan dalaman yang dibina didalam dinding. Masalah kebocoran perpaipan sering berlaku pada penyambungan paip dan kepala paip tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, kerja – kerja memecahkan dinding perlu dilakukan untuk membaiki kebocoran yang terjadi. Hal ini akan menyebabkan penggunaan banyak peralatan dan meningkatkan jumlah tenaga manusia untuk membaiki kepala paip tersebut. Justeru, situasi ini menyukarkan kerja penyelenggaraan perpaipan dilaksanakan dan akhirnya kawasan kerja bersepah selepas konkrit - konkrit tersebut dipecahkan. SP PVC Box merupakan satu produk yang dicipta untuk mengatasi masalah kerja - kerja penyelenggaraan kepala paip air bagi perpaipan yang tertanam didalam dinding. Projek inovasi ini tercetus daripada konsep pemasangan soket pendawaian elektrik. Rekabentuk soket ini direkacipta dengan kedudukan paip agihan berada didalam soket tersebut dan kepala paip diluar kotak soket. Pemasangan SP PVC Box boleh dibuat semasa dalam fasa pembinaan bangunan atau selepas kerja – kerja pemecahan pertama kali dinding dilakukan bagi memudahkan penyelenggaraan pada masa akan datang. Melalui ujilari yang telah dilaksanakan mendapati bahawa penggunaan produk ini memudahkan kerja - kerja penyelenggaraan perpaipan, mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan masa dan meminimakan kawasan kerja yang bersepah selepas kerja – kerja penyelenggaraan perpaipan dijalankan. Secara keseluruhannya, responden memberi maklumbalas yang positif terhadap rekabentuk, fungsi dan bersetuju bahawa produk ini berpotensi untuk dikomersilkan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Harmizi, Muhammad Azlan Iskandar
UNSPECIFIED
Rosli, Che Mohammed Faizzuddin
UNSPECIFIED
Sazaly, Muhammad Haikal
UNSPECIFIED
Masrakin, Khairul Bariyah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Plumbing and pipefitting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 279-284
Keywords: Penyelenggaraan, Kepala paip, Perpaipan didalam dinding
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133503
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133503.pdf] Text
133503.pdf

Download (3MB)

ID Number

133503

Indexing

Statistic

Statistic details