Abstract
Concrete stamp roller merupakan alatan bantuan bagi membentuk konrit secara berpola, bertekstur dan timbul untuk menyerupai batu bata serta seumpamanya. Banyak produk sedia dipasaran berkaitan concrete stamp adalah jenis pencetak dari keluli atau getah. Pengendalian alatan ini memerlukan ketelitian dan kemahiran bagi memastikan corak yang dibentuk mempunyai hubungan antaranya. Cabaran penggunaan concrete stamp jenis cetak ialah postur badan yang lama untuk mencangkung. Objektif produk inovasi ini dihasilkan adalah untuk meringankan beban pekerja concrete stamp, menjimatkan masa menyiapkan kerja-kerja kemasan permukaan lantai serta memberikan suasana ceria bagi kawasan pejalan kaki (walking pedestrian). Produk ini terdiri daripada pemegang dan roller yang berpola, bertekstur dan timbul. Roller ini terdiri daripada keluli diluar, konkrit atau pemberat berada didalam keluli dan struktur berpola dibahagian luar keluli berbentuk silinder. Concrete Stamp Roller akan digunakan di atas permukaan konkrit basah bagi menghasilkan bentuk berpola seperti batu bata di permukaan lantai konkrit. Satu kajian keberhasilan produk telah dijalankan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Bandar Penawar, mendapati bahawa 71.4% responden bersetuju produk ini memudahkan pekerja-pekerja concrete stamp. 82.1% responden bersetuju alat ini menjimatkan tenaga pekerja. Jika produk ini dikomersialkan dan boleh dibeli, responden yang bersetuju ialah 60.7%. Kebaikan concrete stamp roller ini alat yang senang dibawa kemana sahaja dengan ruang kerja yang pelbagai. Ia merupakan alternatif yang lebih murah daripada menggunakan concrete stamp secara manual dan pantas masa menyiap. Alat ini senang dikendalikan serta ergonomik dengan tubuh badan semasa kerja-kerja operasinya. Concrete stamp roller dapat memudahkan pengendalian oleh pekerja-pekerja stamp roller, masa penyiapan kemasan permukaan lantai yang singkat serta menjamin kualiti kemasan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Md Assri UNSPECIFIED Mohd Rozi, Mohd Taufeq Haqimi UNSPECIFIED Musa, Muhammad Kamarul Aiman UNSPECIFIED Bazli, Muhammad Nor Syahmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Reinforced concrete |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 272-275 |
| Keywords: | Concrete stamp, Kemasan permukaan lantai |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133497 |
