Abstract
Pada 22 Ogos 2025, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan sebuah program dalaman iaitu aktiviti riadah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. Aktiviti dimulakan dengan sesi Zumba yang diketuai oleh Dr. Maisarah Shari, pensyarah dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sesi ini bukan sahaja membantu membakar kalori, tetapi juga berjaya menceriakan peserta dengan irama muzik dan gerakan bertenaga. Acara utama program adalah brisk walk yang melibatkan semua staf InQKA dengan jarak dianggarkan sejauh lebih 4 kilometer. Dalam aktiviti ini, staf turut dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga orang setiap kumpulan bagi menyertai Pertandingan Foto Kreatif Merdeka, di mana gambar-gambar menarik bertemakan kemerdekaan perlu diambil sepanjang program berlangsung.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, InQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, InQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133217 |
