Abstract
Implimentasi Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) merupakan kaedah pembelajaran kosa kata Arab yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran bekerjasama dalam kumpulan atau dikenali dengan pembelajaran koperatif. Artikel ini membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam pembelajaran kosa kata Arab. Responden yang terlibat dalam kajian ini dihadkan seramai 50 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik kuantitatif dibentuk bagi mendapatkan data. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respon positif terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) dalam pembelajaran kosa kata Arab dengan nilai purata min 4.10. Kesimpulannya, kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) sesuai diimplimentasikan sebagai kaedah pembelajaran kosa kata Arab dan mampu meningkatkan prestasi penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Nabihah UNSPECIFIED Baharudin, Harun UNSPECIFIED Lubis, Maimun Aqsha UNSPECIFIED Ibnul Hakim, Muhammad Luqman UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Tutors and tutoring P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 696-703 |
| Keywords: | Arabic language, Education, Peer-to-peer teaching |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133200 |
