Kewangan Islam bersama Sek Men Sains Segamat

Md Isa, Maizura and Ismail, Hazila and Ismail, Norashikin and Noh, Mohd Khairul Ariff (2025) Kewangan Islam bersama Sek Men Sains Segamat. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 59-60. ISBN 9786297647043
Abstract

Kewangan Islam bukanlah perkara yang asing lagi di dalam bidang kewangan dan perbankan di Malaysia. Malah, terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan Kewangan Islam seperti syarikat insuran yang menawarkan Takaful kepada pelanggan mereka. Tidak ketinggalan, Institusi Pengajian Tinggi juga menawarkan mata pelajaran tersebut kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum mereka melangkah keluar dari universiti. Para pelajar Sarjana Muda Perniagaan Kewangan (Kepujian) daripada UiTM adalah antara mereka yang bertuah kerana ditawarkan mata pelajaran Kewangan Islam dengan kod FIN546 di dalam program mereka. Mata pelajaran ini ditawarkan kepada mereka pada semester dua bagi program tersebut, di mana pelajar didedahkan dengan pengetahuan tentang asas dan transaksi Kewangan Islam. Perkara asas yang perlu diketahui dalam mata pelajaran tersebut adalah konsep halal dan haram dalam sesuatu transaksi. Selain itu, pelajar juga diajar pelbagai jenis kontrak yang patuh shariah seperti Mudharabah, Ijarah dan sebagainya. Pengetahuan ini memberi mereka pendedahan awal sebelum melakukan pelbagai jenis transaksi Kewangan Islam apabila diperlukan kelak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133139.pdf]
Text
133139.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics