Abstract
Kewangan Islam bukanlah perkara yang asing lagi di dalam bidang kewangan dan perbankan di Malaysia. Malah, terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan Kewangan Islam seperti syarikat insuran yang menawarkan Takaful kepada pelanggan mereka. Tidak ketinggalan, Institusi Pengajian Tinggi juga menawarkan mata pelajaran tersebut kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum mereka melangkah keluar dari universiti. Para pelajar Sarjana Muda Perniagaan Kewangan (Kepujian) daripada UiTM adalah antara mereka yang bertuah kerana ditawarkan mata pelajaran Kewangan Islam dengan kod FIN546 di dalam program mereka. Mata pelajaran ini ditawarkan kepada mereka pada semester dua bagi program tersebut, di mana pelajar didedahkan dengan pengetahuan tentang asas dan transaksi Kewangan Islam. Perkara asas yang perlu diketahui dalam mata pelajaran tersebut adalah konsep halal dan haram dalam sesuatu transaksi. Selain itu, pelajar juga diajar pelbagai jenis kontrak yang patuh shariah seperti Mudharabah, Ijarah dan sebagainya. Pengetahuan ini memberi mereka pendedahan awal sebelum melakukan pelbagai jenis transaksi Kewangan Islam apabila diperlukan kelak.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Isa, Maizura UNSPECIFIED Ismail, Hazila UNSPECIFIED Ismail, Norashikin UNSPECIFIED Noh, Mohd Khairul Ariff UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics H Social Sciences > HG Finance L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Business and Management |
| Page Range: | pp. 59-60 |
| Keywords: | Pendidikan kewangan Islam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133139 |
