Abstract
Analisa teknikal adalah kaedah untuk meramal pergerakan harga saham dan aset kewangan lain dengan mengkaji data pasaran masa lampau dengan menggunakan harga dan volum (Pring, 2015). Dunia pelaburan sentiasa berubah, dan kini, kecerdasan buatan (AI) sedang mencipta era baru dalam analisis teknikal. Dahulu, pedagang bergantung pada carta, corak harga, dan indikator yang dikira secara manual. Namun, AI tidak hanya mempercepatkan proses ini, malah mengubah cara kita memahami dan meramal pasaran. Ini adalah simbiosis yang menggabungkan kebijaksanaan manusia dengan kuasa pemprosesan data yang tidak terbatas. Di era masa kini, teknologi pesat berkembang, pelabur menggunakan kaedah analisa teknikal dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). AI mampu mempercepatkanproses analisa, malah membuka peluang kepada pelabur untuk meramal pergerakan harga saham dengan lebih tepat dan jitu (Khan D. D., 2025). AI memainkan peranan dalam evolusi analisa teknikal masa kini. Ia melibatkan pembelajaran dan penemuan corak pasaran saham yang tidak dapat dikesan oleh manusia.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Roslan, Shashazrina shash689@uitm.edu.my Ismail, Mazida UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation > Investment companies. Investment trusts. Mutual funds > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Business and Management |
| Page Range: | pp. 39-40 |
| Keywords: | Analisis teknikal, Kecerdasan buatan, Pasaran saham, Pelaburan digital, Algoritma dagangan, Ramalan harga |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133117 |
