Emas sebagai pilihan bijak pelabur

Johan, Nurul Haida and A Latif, Ruziah and Zaharum, Zaibedah (2025) Emas sebagai pilihan bijak pelabur. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 36-38. ISBN 9786297647043
Abstract

Emas sering disebut sebagai aset pelaburan yang selamat dan berdaya tahan, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Emas berfungsi sebagai pelindung nilai terhadap inflasi, berbeza dengan saham yang mungkin terjejas oleh ketidaktentuan pasaran. Selain itu, emas cenderung untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang, menjadikannya aset pelaburan yang stabil. Akaun pelaburan emas menawarkan kecairan yang tinggi, membolehkan pelabur membeli dan menjual emas dengan mudah. Di Malaysia, pelaburan emas semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pelabur yang mencari instrumen pelaburan patuh Syariah. Walau bagaimanapun, emas tidak memberikan dividen atau pulangan faedah seperti saham atau bon. Oleh itu, sebagai seorang pelabur yang rasional, pertimbangan di antara objektif pelaburan dan toleransi risiko perlu dilakukan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133115.pdf]
Text
133115.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics