Abstract
Shah Alam, 4 Ogos 2025 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa budaya kerja berteraskan inovasi dan kualiti melalui penganjuran Simposium Kecemerlangan Operasi 2025, yang berlangsung secara dalam talian menerusi saluran YouTube rasmi Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Bertemakan "Memperkasa Inovasi, Mentransformasi Operasi", simposium ini menekankan kepentingan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja universiti sebagai pemacu transformasi operasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berdaya saing. Simposium ini merupakan program tahunan berimpak tinggi yang digerakkan oleh InQKA sejak tahun 2017, selaras dengan aspirasi UiTM untuk memperkukuh sistem pengurusan operasi secara menyeluruh. la menjadi platform strategik bagi perkongsian amalan terbaik, penyemaian budaya penambahbaikan berterusan, serta pengukuhan hubungan antara universiti dan industri. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Haslinda Yusoff, Penolong Naib Canselor InQKA, yang menyeru agar warga UiTM terus menjadi agen perubahan melalui inovasi dan keberkesanan proses kerja. Simposium dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM, yang menegaskan bahawa budaya kecemerlangan perlu dihayati secara menyeluruh dan dijadikan prinsip teras dalam setiap tindakan organisasi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, inQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, inQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133091 |
