Pengaruh literasi kewangan dan kawalan diri terhadap pembelian impulsif serta kesejahteraan kewangan generasi Z

Hosin, Husnizam and Mohamed Anuar, Rudza Hanim (2025) Pengaruh literasi kewangan dan kawalan diri terhadap pembelian impulsif serta kesejahteraan kewangan generasi Z. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 13-15. ISBN 9786297647043
Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat pada abad ke-21 telah mengubah lanskap kehidupan manusia khususnya dalam aspek kewangan dan gaya hidup pengguna. Generasi Z yang dilahirkan selepas pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an merupakan kumpulan yang membesar bersama internet, media sosial dan pelbagai aplikasi digital. Di Malaysia, kumpulan ini menjadi segmen populasi yang semakin berpengaruh dalam ekonomi kerana kebergantungan mereka terhadap teknologi termasuk dalam membuat keputusan pembelian dan mengurus kewangan peribadi. Persekitaran digital yang terbuka dan mudah diakses seperti platform e-dagang, aplikasi pembayaran mudah alih dan e-dompet bukan sahaja memudahkan transaksi harian malah membentuk corak tingkah laku kewangan yang baharu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133081.pdf]
Text
133081.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics