Kesediaan keusahawanan guru menurut perspektif Islam

Ali, Rosmani and Buang, Nor Aishah and Ali, Asyraf Ridwan and Ali, Rakiyah (2018) Kesediaan keusahawanan guru menurut perspektif Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 15. pp. 520-526. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Tamadun Islam membuktikan bahawa kebanyakan nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT telah melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang. Malahan, Islam melihat kegiatan keusahawanan perlu dijana selari dengan tuntutan kontemporari umat dan manusia sejagat. Justeru dalam usaha merealisasikan pembudayaan keusahawanan berprinsipkan Islam secara sejagat, sebagai pendidik perlu mempunyai kesediaan dan bertindak sejajar dengan prinsip-prinsip keusahawanan yang ditetapkan. Berdasarkan fenomena sebegini, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti kesediaan keusahawanan yang terdapat dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) menurut perspektif Islam. Aspek yang dikaji adalah dari segi kesediaan pengalaman, kemahiran dan niat para pensyarah IPG untuk menerapkan elemen keusahawanan dalam pengajaran yang akan mereka laksanakan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan terhadap 220 orang responden yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Zon Timur yang terdapat di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan tinjauan literatur dan temu bual panel pakar. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Keputusan analisis menunjukkan tahap kesediaan keusahawanan yang dikaji dalam kalangan pensyarah IPG adalah sederhana. Di samping itu, pelbagai aspek keusahawanan dalam perspektif Islam perlu diambil kira seperti prinsip kebebasan, prinsip kerelaan, prinsip keadilan dan prinsip perlindungan. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang kesediaan keusahawanan yang terdapat dalam kalangan para pendidik. Seterusnya hasil penyelidikan ini juga diharapkan mempunyai signifikan dan impak positif dalam pembentukan modal insan khususnya dalam bidang pembudayaan pendidikan keusahawanan berlandaskan Islam bagi melahirkan bakal guru yang berprestasi cemerlang dunia dan akhirat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133021.pdf]
Text
133021.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics