Abstract
Tamadun Islam membuktikan bahawa kebanyakan nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT telah melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang. Malahan, Islam melihat kegiatan keusahawanan perlu dijana selari dengan tuntutan kontemporari umat dan manusia sejagat. Justeru dalam usaha merealisasikan pembudayaan keusahawanan berprinsipkan Islam secara sejagat, sebagai pendidik perlu mempunyai kesediaan dan bertindak sejajar dengan prinsip-prinsip keusahawanan yang ditetapkan. Berdasarkan fenomena sebegini, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti kesediaan keusahawanan yang terdapat dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) menurut perspektif Islam. Aspek yang dikaji adalah dari segi kesediaan pengalaman, kemahiran dan niat para pensyarah IPG untuk menerapkan elemen keusahawanan dalam pengajaran yang akan mereka laksanakan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan terhadap 220 orang responden yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Zon Timur yang terdapat di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan tinjauan literatur dan temu bual panel pakar. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Keputusan analisis menunjukkan tahap kesediaan keusahawanan yang dikaji dalam kalangan pensyarah IPG adalah sederhana. Di samping itu, pelbagai aspek keusahawanan dalam perspektif Islam perlu diambil kira seperti prinsip kebebasan, prinsip kerelaan, prinsip keadilan dan prinsip perlindungan. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang kesediaan keusahawanan yang terdapat dalam kalangan para pendidik. Seterusnya hasil penyelidikan ini juga diharapkan mempunyai signifikan dan impak positif dalam pembentukan modal insan khususnya dalam bidang pembudayaan pendidikan keusahawanan berlandaskan Islam bagi melahirkan bakal guru yang berprestasi cemerlang dunia dan akhirat.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Rosmani rosmani@ipgm.edu.my Buang, Nor Aishah noraishah1962@gmail.com Ali, Asyraf Ridwan asyraf@ipgm.edu.my Ali, Rakiyah rakiyah@ipgm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 520-526 |
| Keywords: | Entrepreneurship, Islamic education, Teachers |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133021 |
