Wakaf ke arah pengurusan yang efektif di Malaysia

Ab. Rahman, Amaludin and Ahmad, Zaid and W. Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful (2018) Wakaf ke arah pengurusan yang efektif di Malaysia. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 13. pp. 508-514. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Wakaf merupakan suatu amalan berbentuk pemberian harta selain dari pemberian zakat, sedekah, wasiat, hibah, infak dan seumpamanya. Pengurusan wakaf yang efektif mampu memberi sumbangan yang besar terhadap kesejahteraan umat Islam dengan memberi akses kepada pertumbuhan infrastruktur asas yang diperlukan oleh setiap ahli dalam sesebuah masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa amalan wakaf telah bermula sebelum kedatangan Islam dan ia berterusan selepas kedatangan Islam hingga hari ini. Di Malaysia, terdapat seluas 9,907 hektar tanah wakaf yang terbiar bernilai lebih RM1.2 bilion di seluruh negara yang perlu diberi perhatian serius. Pelbagai masalah wujud dalam pengurusan institusi wakaf termasuklah dari segi peruntukan undang-undang sedia ada. Pengurusan, perancangan dan pembangunan institusi wakaf perlu dilaksanakan secara efisyen dan sistematik dengan menggunakan pelbagai aplikasi sistem teknologi maklumat seperti Geographic Information System (GIS). Dengan penggunaan teknologi ini, nilai tambah dalam pengurusan maklumat mengenai harta wakaf dapat dikemas kini, ditadbir dan disimpan secara sistematik, cepat dan berkesan. Artikel ini dikemukakan untuk menjelaskan tentang keperluan aplikasi GIS dalam pengurusan maklumat institusi wakaf yang boleh memberi akses kepada pembangunan komuniti. Penggunaan GIS merupakan satu mekanisme yang menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan harta wakaf yang tersusun, berterusan dan menyeluruh untuk manfaat dan kebajikan umat Islam di samping meningkatkan taraf kualiti dan kesejahteraan hidup. Aplikasi „AZAN Geomap‟ dihasilkan dan boleh digunapakai untuk memantapkan lagi sistem pengurusan wakaf dalam pelbagai bentuk berasaskan pencapaian teknologi maklumat yang mudah dicapai secara efisyen, cepat dan berkesan khususnya kepada pihak pengurusan dan memudahkan perancangan yang sistematik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab. Rahman, Amaludin
UNSPECIFIED
Ahmad, Zaid
UNSPECIFIED
W. Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful
nikmohdsaiful@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 508-514
Keywords: Geographic information systems, Real estate management, Waqf
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133019
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133019.pdf] Text
133019.pdf

Download (3MB)

ID Number

133019

Indexing

Statistic

Statistic details