Senibina rumah Melayu Sarawak. Pengkajian terhadap rumah Melayu Bandar Kuching / Ilias Hasan

Hasan, Ilias (1989) Senibina rumah Melayu Sarawak. Pengkajian terhadap rumah Melayu Bandar Kuching / Ilias Hasan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tujuan Kajian Akhir ini secara amnya untuk mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek berkaitan dengan senibina terutama penyelidikkan terhadap sejarah, senibina tradisional,pemikiran, konstruksi, kehidupan masyarakat dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kursus senibina. Kajian Akhir yang bertajuk 'Senibina Rumah Melayu Sarawak'- Pengkajian terhadap Rumah Melayu Bandar Kuching, ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan senibina dan ianya berbentuk kajian menyeluruh mengenai kehidupan, konstruksi dan bentuk-bentuk rumah Melayu di Sarawak, khususnya di Bandar Kuching. Selain itu , penyelidikan terperinci akan mempamirkan mengenai bahan-bahan, dan cara konstruksi Rumah Melayu. Rumah-rumah Melayu dibina oleh pemiliknya sendiri - Melayu di Malaysia - bergantung kepada keperluan mereka sendiri yang mempunyai pemikiran yang cerdik terhadap alam semulajadi dan persekitaran yang melambangkan cara hidup dan kebudayaan melayu. Pengekalan dan penjagaan terhadap senibina melayu yang ada sekarang ini adalah penting kerana ia merupakan satu-satunya yang melambangkan kebudayaan yang unggul.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Ilias
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 1989
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1327
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ILIAS HASAN AP 89_5 P01.pdf] Text
PPd_ILIAS HASAN AP 89_5 P01.pdf

Download (98kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

1327

Indexing

Statistic

Statistic details