Mendepani cabaran kredibiliti dan teknostres dalam media baharu

Suyurno, S.Salahudin and Abdullah, Muhammad Hakimi Tew and Md Sharipp, Muhamad Taufik (2018) Mendepani cabaran kredibiliti dan teknostres dalam media baharu. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.4: 5. pp. 397-403. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Melalui media baharu seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Twitter, Telegram dan sebagainya telah menjadikan aktiviti komunikasi, berkongsi informasi malah apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti “interaksi di atas talian” menjadi semakin rancak. Kadangkala banyak natijah buruk berlaku walaupun ruang bagi melakukan kebaikan sangat terbuka luas. Kertas kerja konsep ini akan membincangkan perkembangan media baharu dan kredibiliti pengguna serta bagaimana ia mempengaruhi elemen work teknostress yang dihadapi oleh segelintir besar pengguna media baharu. Bebanan teknologi, pencerobohan teknologi, kerumitan teknologi, ketidakselamatan teknologi dan ketidakpastian teknologi kerap kali dirujukkan sebagai faktor teknostres yang membelenggu para pengguna. Kertas konsep ini cuba merungkai fenomena gelombang media baharu, cabaran kredibiliti dan permasalahan teknostres yang menimpa segelintir pengguna media baharu di Malaysia secara umum. Ramai yang melihat bahawa penggunaan media baharu dalam Islam sebagai suatu fenomena yang merujuk kepada hukum alat. Ia mampu dirujuk daripada kedua dua sisi positif mahupun negatif. Kecenderungan masyarakat menghabiskan masa mereka di laman media baharu, mendedahkan kepada pelbagai unsur yang pelbagai sifatnya. Menurut Tun Dr. Mahathir (2015) internet dan media sosial ini seumpama pisau. Pisau boleh diasah, atau dibiarkan tumpul dan pisau juga boleh digunakan untuk memasak, memotong dan mengukir. Namun jika disalahguna, boleh juga digunakan untuk membunuh atau mencederakan orang. Justeru para pengguna media baharu harus sedar bahawa mereka memiliki peralatan yang boleh digunakan untuk kedua-duanya. Dalam dunia komunikasi sebagai contoh, melalui media baharu seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Twitter, Telegram dan sebagainya telah menjadikan aktiviti komunikasi, berkongsi informasi malah apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti “interaksi di atas talian” menjadi semakin rancak. Kadangkala banyak natijah buruk berlaku walaupun ruang bagi melakukan kebaikan sangat terbuka luas (Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Ahmad Faisal Abdul Hamid, 2014).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suyurno, S.Salahudin
UNSPECIFIED
Abdullah, Muhammad Hakimi Tew
UNSPECIFIED
Md Sharipp, Muhamad Taufik
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Technology. Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 397-403
Keywords: Digital media, Information technology, Technostress
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132542
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132542.pdf] Text
132542.pdf

Download (3MB)

ID Number

132542

Indexing

Statistic

Statistic details