Abstract
Kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Lebah kelulut boleh didapati di kawasan hutan, kebun dan pokok-pokok di sekitar kediaman manusia. Kelulut menyimpan madu di dalam kantung-kantung kecil yang dilapisi propolis dan propolis ini duduk di dalam batang-batang pokok dengan madu yang penuh di kantungnya. Madu kelulut rasanya masam sedikit berbanding madu lebah dan dianggap agen pendebungaan untuk spesis buah, bunga, sayur serta tanaman lain. Hive kelulut ( HK) yang direkabentuk seperti kotak bertingkat dan berbumbung A bentuk bumbung rumah, diharapkan mampu menjadi pengganti habitat asal lebah kelulut di pokok. Ilham untuk membina HK tercetus bagi menyelesaikan permasalahan penebangan pokok-pokok yang didiami lebah kelulut, serta meminimakan risiko ekosistem alam dari terjejas. Objektif inovasi yang dilaksanakan adalah dengan merekabentuk sarang buatan kelulut dari kayu pallet terpakai, ringan dan mudah diselenggara, yang turut berfungsi sebagai pengganti sarang pembiakan asal kelulut di dalam pokok. Penggunaan HK dijangka mampu menggandakan koloni kelulut, apabila kelulut yang hidup membiak dengan jayanya sekiranya tiada ancaman. Keunikan inovasi HK ini adalah dari bahan binaan utamanya yang dibina dari kayu pallet terpakai. Impak dari pembinaan HK ini mewujudkan koloni kelulut yang kuat selain merangsang pembiakan kelulut yang boleh menghasilkan madu yang banyak dan berkualiti serta mampu dikomersialkan produknya secara meluas. Kesimpulannya, gabungan komponen-komponen kayu pallet ini diharapkan dapat menghasilkan satu sarang kelulut yang sangat efektif, melalui tetingkat yang boleh ditambah atau ditukarganti mengikut situasi perkembangan kelulut serta menjadi sarang baru kelulut yang selamat pada setiap ruang komponen (rak tetingkat) yang boleh memudahkan kerja pengalihan koloni kelulut pada bila-bila masa yang sesuai.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Herryanni UNSPECIFIED Hashim, Md Assri UNSPECIFIED Mohd Yusoff, Muhammad Zulqarnain A Putra UNSPECIFIED |
| Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > Agriculture and the environment S Agriculture > SF Animal culture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 261-264 |
| Keywords: | Lebah kelulut, Hive kelulut, Kayu pallet, Penggandaan koloni |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132453 |
