Abstract
Falsafah penyelidikan sering kali dianggap rumit dan abstrak. Namun ia adalah asas yang membentuk pemikiran penyelidik dalam memilih metodologi, merangka reka bentuk kajian, serta mentafsir data. Justeru, buku “Menerobos Falsafah Dalam Penyelidikan” bertujuan untuk mengatasi cabaran besar yang dihadapi oleh penyelidik, khususnya pelajar pascasiswazah, dalam memahami falsafah penyelidikan. Buku ini memperkenalkan konsep-konsep asas dalam falsafah penyelidikan seperti epistemologi, ontologi, aksiologi yang kemudiannya akan membentuk beberapa paradigma utama melalui cara yang mudah untuk difahami. Setiap pegangan falsafah diterangkan dalam konteks pengaruhnya terhadap pendekatan penyelidikan. Seterusnya, membantu dalam menentukan cara penyelidik berinteraksi dengan data yang diperolehi. Selain memperkenalkan teori-teori falsafah, buku ini juga menekankan kepentingan berfikir secara reflektif dalam penyelidikan. Falsafah bukan sahaja sekadar satu set teori, tetapi merupakan alat yang membolehkan penyelidik mengkritik dan menilai proses penyelidikan mereka. Pembaca diajak untuk memahami pilihan metodologi yang dibuat dan bagaimana ia selarikan dengan falsafah yang mereka pegang. Pendekatan reflektif ini bertujuan untuk melahirkan penyelidik yang bukan sahaja mahir dalam teknik penyelidikan, tetapi juga bijak dalam membuat keputusan berdasarkan pemikiran yang mendalam dan rasional. Buku ini disusun berdasarkan pengalaman penulis semasa berada di peringkat pengajian doktor falsafah dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti akademik serta pertandingan inovasi. Nota-nota yang dihasilkan sepanjang perjalanan akademik ini digabungkan menjadi sebuah naskhah yang mudah diakses dan difahami oleh pembaca. Buku ini tidak hanya bertujuan untuk memberikan panduan kepada pelajar pascasiswazah dalam memahami falsafah penyelidikan, tetapi juga untuk membimbing mereka dalam mengaplikasikan falsafah tersebut dalam kajian akademik mereka. Buku ini diharap dapat menjadi sumber rujukan penting bagi pelajar, penyelidik, penyelia, dan tenaga akademik dalam memperkukuh pemahaman falsafah dalam penyelidikan, seterusnya meningkatkan kualiti penyelidikan di institusi pendidikan tinggi.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Ali, Irwan UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial engineering. Management engineering > Applied mathematics. Quantitative methods > Operations research. Systems analysis Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Journal or Publication Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Page Range: | pp. 256-259 |
| Keywords: | Menerobos, Falsafah, Metodologi, Penulisan Akademik, Penyelidikan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132320 |
